

10 Mei - Sekitar lawatan tapak bagi meninjau antara lokasi untuk Sambutan Ambang Merdeka 2025 di Jalan Hang Tuah, Melaka.
Hadir mengetuai lawatan adalah YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB. Tn. Muhammad Firdaus bin Sharif, Setiausaha Bandaraya, Pegawai-pegawai Kanan MBMB serta wakil agensi-agensi yang terlibat turut serta dalam sesi taklimat dan persiapan awal program yang akan berlangsung pada bulan Ogos nanti.
Segala input dan keperluan dari pelbagai aspek diteliti bagi memastikan program yang dirancang berjalan dengan lancar dan jayanya.


