
13 Mac - YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB menunaikan solat jumaat di Masjid Fathur Rahman, Pengkalan Rama sambil meluangkan masa menyantuni penduduk setempat.
Hadir sama, Sr. Hj. Mohd Nasir bin Bakri, Pengarah Penilaian dan Pengurusan Harta MBMB, merangkap Pengerusi Kelas Agama dan Motivasi MBMB.
Semoga jumaat yang penuh barakah di bulan Ramadan ini memberi seribu rahmat buat seluruh warga Bandaraya Melaka.


