BANDA HILIR 9 Mac - Sambutan Hari Wanita telah dijayakan dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka, Oriental Melaka Straits Medical Center, Mahkota Medical Center dan Pantai Hospital Ayer Keroh di sekitar kawasan warisan Banda Hilir.
Program ini bertujuan memberi penghargaan kepada kaum wanita di atas kejayaan serta pengorbanan yang diberikan di dalam pelbagai bidang. Pemerikaaan kesihatan oleh para sukarelawan St John Malaysia serta pendaftaran skuad sukarelawan WAJA juga telah dibuka kepada orang ramai bertempat di Klinik Mobile MBMB, Jalan Laksamana.
Sebanyak 300 goodies bag telah diedarkan oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB kepada orang ramai, berisi oximeter, digital thermometer, beg guna semula serta lain-lain lagi. Hadir sama Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya MBMB.
Program ini juga mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) bagi sasaran (3) Good Health and Wellbeing, (5) Gender Equality, (11) Sustainable Cities and Communities dan (17) Partnership for the goals.