Datuk Bandar MBMB Pimpin Program “Litter Picking/Plogging” BEBAS Bil. 12/2025

Picture46Picture46.1

18 April - Program "Litter Picking/ Plogging", Bandaraya Ekosistem Bersih Aspirasi Semua (BEBAS) anjuran Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya MBMB Bil. 12 Tahun 2025 telah dimulakan semula sekitar Hotel Casa Del Rio menyusuri Taman Kota Laksamana dan penjaja Tapak Eye On Malaysia.

Anggota yang terlibat adalah daripada Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya, Pasukan Sukarelawan Ops Bebas & Anggota dari Agensi CMI Infra Melaka.

Operasi Bebas ini telah diketuai sendiri oleh YBhg. Datuk Haji Shadan Bin Othman, Datuk Bandar MBMB. Turut hadir adalah Ketua Bahagian Kawal Selia Jabatan Landskap Dan Pengindahan Bandaraya, Puan Norliah Binti Abd Rahman.

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Hotel Grand Swiss-Bel, Jalan Hang Tuah Melaka atas sumbangan makanan dan minuman kepada semua Petugas Ops Bebas MBMB malam ini.

Jom sama-sama menjaga kebersihan Bandaraya kita dengan tidak membuang sampah merata-rata.

Kepada individu atau kumpulan sukarelawan yang ingin menyertai dan turut serta Pasukan Sukarelawan Ops Bebas MBMB boleh hubungi talian berikut 0142687773.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Direktori :Direktori MBMB
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 17 Disember 2025.
Jumlah Pelawat
04410993

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY