
11 Mac - Ceramah Integriti sempena Program Komuniti Madani Berintegriti bersama Inspektor Nik Mohd Fitrie bin Nik Abdullah, Pegawai Penjara Dusun Dato' Murad telah berlangsung di Dewan Taming Sari, MBMB.
YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB hadir memberikan ucapan aluan serta mendengar ceramah yang disampaikan. Hadir sama Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, En, Shahrin bin Sahad, Ketua Unit Integriti MBMB, Ketua-ketua jabatan dan unit, pegawai-pegawai kanan serta anggota MBMB.
Ceramah yang disampaikan oleh beliau berkisar mengenai integriti dalam perkhidmatan awam adalah sangat penting untuk kita melaksanakan amanah dan kuasa yang diberikan, tidak menyalahgunakan kuasa, tidak menyeleweng serta tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang rasuah. Turut diadakan demonstrasi sebatan.


