BANDARAYA MELAKA 5 Mac - Bengkel Kepentingan Pelan Pengurusan Konservasi (Conservation Management Plan) untuk Bangunan Warisan telah diadakan di Hotel Courtyard by Marriot, Melaka. Bengkel ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang Pelan Pengurusan Konservasi yang menerangkan tentang kepentingan bangunan warisan.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya MBMB . Hadir sama Clr. Zamani bin Md. Isa, Timbalan Ketua Ahli Majlis , Ahli-ahli Majlis , Ketua-ketua Jabatan dan Pegawai-pegawai Kanan MBMB.