Bandaraya Melaka Berselawat 2023

KRUBONG 30 Disember - Bandaraya Melaka Berselawat 2023 anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dengan kerjasama Pertubuhan Rizq telah melabuhkan tirainya dengan kira-kira 80,000 ribu orang pengunjung hadir membanjiri Stadium Hang Jebat, malam ini.
Orang ramai dilihat mula memenuhi ruang padang stadium seawal jam 4 petang lagi walaupun cuaca hujan pada ketika itu.
Pengisian program ini dimulai dengan alunan qasidah oleh Syeikh Sayyed Arsyeed Yasin, Juara Qasidah Antarabangsa 2021 , serta qasidah oleh Habib Ali Zainal Abidin Assegaf. Tausiyah telah disampaikan oleh Sheikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Ghonim Al Azhari , diikuti dengan Ustaz Muhammad Hatta Syamsul Ariffin dan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.
Tetamu kehormat pada malam ini adalah TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam , Yang di-Pertua Negeri Melaka serta isteri YABhg. Toh Puan Datuk Wira Dr. Hajah Asmah binti Abdul Rahman . Hadir sama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka serta isteri YABhg. Datin Seri Utama Zuriyah binti Abdul Aziz , barisan Dif-Dif kehormat serta isteri , ketua-ketua agensi , ahli-ahli majlis MBMB, Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya MBMB serta Ketua-ketua jabatan MBMB.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Direktori :Direktori MBMB
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 24 Januari 2025.
Jumlah Pelawat
04022495

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MelakaPay