KRUBONG 27 Januari - Program kitar semula iaitu Anda Kitar, Kami Bayar (AKKB) telah diadakan di Surau Al-Falah, Taman Krubong Jaya, Melaka bermula jam 8.30 pagi sehingga 1.00 petang.
Program AKKB pada kali ini adalah bersempena Program Cakna Minda 3K bersama Komuniti Taman Krubong Jaya fasa 3.
Pecahan kutipan barangan kitar semula adalah seperti berikut :
Minyak - 252 kg (RM705.60)
Fabrik - 605 kg (RM60.50)
Barangan 3R - 390.95kg (RM75.00)
Jutaan terima kasih diucapkan kepada warga Taman Krubong Jaya, agensi dan pembekal yang terlibat iaitu SWCorp, Life Line Clothing dan Meriahtek serta anggota-anggota MBMB yang bersama-sama dalam menjayakan program ini.