

10 Mei - Telah berlangsung program Ultra Marathon 24 Hour sempena Ulangtahun Ke-22 Bandaraya Melaka Bersejarah bertempat di Taman Bandaraya Bukit Serindit.
Program anjuran MBMB dan Ultra Sport Adventure ini disertai oleh seramai 300 orang peserta dari dalam dan luar negeri Melaka termasuk dari negara Jepun, Singapura, India dan Thailand. Jarak satu pusingan larian adalah sejauh 1.7km dan tidak terhad.
Majlis pelepasan peserta telah disempurnakan oleh YB Datuk Zulkifli bin Datuk Seri Mohd Zin, Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana. Hadir sama YB Datuk Mohd Noor Helmy bin Abdul.Halem, Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital, merangkap ADUN Duyong, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Clr. Mustafa bin Mohamed Baboo, Ketua Ahli Majlis MBMB, Ahli-ahli Majlis MBMB, Tn. Muhammad Firdaus bin Sharif, Setiausaha Bandaraya, Ketua-ketua Jabatan dan Unit serta Ms. Apple Ong Hwee Peng, Pengarah Acara Melaka 24H UltraMarathon


