
16 Julai - Sesi Penilaian Anugerah Integriti Governans Dan Anti Rasuah ( AIGA ) MBMB 2025 secara atas talian telah diadakan di Bilik Gerakan, MBMB.
Sesi Pembukaan Penilaian AIGA telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB. Hadir sama Tn . Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya , ketua-ketua jabatan dan unit MBMB serta pegawai-pegawai kanan MBMB.
Sesi penilaian yang dilaksanakan oleh Institut Integriti Malaysia ( IIM ) ini merangkumi aspek Pelan Tindakan Anti Rasuah, Sistem Pengurusan Aduan Awam,
Keselamatan ICT, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Komunikasi, Integriti pact, proses kenaikan pangkat serta polisi pemberian hadiah.
Semoga MBMB berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang!!!
Tahniah kepada semua yang terlibat …


