Ralat Notis Kerja Cabut Undi Bilangan 1/2021 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

Adalah dimaklumkan bahawa kerja-kerja cabutan undi bagi Bilangan 1/2021 akan diadakan seperti berikut:

KERJA - KERJA KEJURUTERAAN AWAM

Tarikh Pendaftaran (secara atas talian)

12.00 Tengah Hari, 29 April 2021 (Khamis)

Tarikh tutup pendaftaran

12.00 Tengah Malam, 1 Mei 2021 (Sabtu)

Tarikh Cabutan Undi (secara atas talian)

10 Jun 2021 (Khamis)

Masa cabutan undi

10.00 Pagi

Tempat

Anjung Makmur
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Graha Makmur, No. 1
Jalan Tun Abdul Razak-Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka

Anggaran Bilangan Kerja Undi

28

MOHD HISHAM BIN HJ.TAMBI AHMAD, C.A.(M), CFP, CPFA, BKT, PJK

Pengarah
Jabatan Kewangan
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.
Tarikh :

SYARAT-SYARAT KERJA CABUTAN UNDI

A) PROSES PENDAFTARAN KERJA CABUTAN UNDI DAN PROSES PENGUNDIAN

    1. Kerja Cabutan Undi ini hanya akan dibuka kepada syarikat/kontraktor yang BERALAMAT PENDAFTARAN (SSM atau SPKK/CIDB) dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah SAHAJA.
    1. Kontraktor hendaklah membuat permohonan pendaftaran secara atas talian (online) bermula jam 12.00 Tengah Hari pada 29 April 2021 sehingga 12.00 Tengah Malam pada 1 Mei 2021.
    2. Permohonan tidak lengkap atau yang diterima sebelum dan selepas tempoh masa yang ditetapkan akan DITOLAK.
    3. Hanya penama di dalam PPK, SPKK, atau STB sahaja boleh memohon atau berdaftar secara atas talian dan tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama yang dinamakan dalam sijil melalui pengisytiharan atau pengesahan pemohon. (Borang akujanji seperti di Lampiran A)
    4. Bagi tujuan pendaftaran, pemohon perlu mengemukakan semua dokumen di bawah dengan memuatnaik secara ‘PDF’ atau ‘JPEG’ dan dihantar ke alamat website bit.ly/kerjaundimbmb21
    5. Dokumen-dokumen wajib yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

      a. Salinan ASAL Kad Pengenalan Pemilik Syarikat (Pegawai yang ditauliahkan),
      b. Sijil ASAL SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) DAN SPKK/CIDB (Sijil Perolehan Kerja Kerajaan, Sijil Kontraktor Taraf Bumiputera dan Sijil Perakuan Pendaftaran CIDB) dan ;
      c. Borang Akujanji yang telah ditandatangani oleh Pemilik Syarikat (Pegawai yang ditauliahkan)

    6. Urusetia pengundian akan menyemak semua dokumen yang dikemukakan sebelum senarai syarikat yang layak untuk menyertai kerja undi dihebahkan.
    7. Syarikat / kontraktor yang layak akan diberi nombor mewakili syarikat masing-masing mengikut turutan pendaftaran di peringkat pengundian. Nombor  yang  berkenaan  akan dicatatkan dalam suatu daftar yang disediakan dan akan dipaparkan di dalam laman web rasmi MBMB sebelum hari pengundian.
    8. Senarai tajuk projek adalah seperti di Lampiran B.
    9. Kontraktor yang berdaftar tidak perlu hadir semasa Kerja Cabutan Undi dilaksanakan. Cabutan undi secara atas talian boleh ditonton melalui Facebook MBMB iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah pada 10 Jun 2021 (Khamis) mengikut masa yang ditetapkan.

       11. Syarikat/Kontraktor  yang layak menyertai kerja undi adalah seperti berikut:

 (KERJA-KERJA KEJURUTERAAN AWAM)

Berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

Kelas

Taraf

Kategori

Pengkhususan

 G1

 Bumiputera

CE

(Pembinaan Kejuruteraan Awam)

CE01
(Pembinaan Jalan dan Pavemen)

ATAU

CE21
(Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam)

(Beralamat Pendaftaran Dalam Kawasan Pentadbiran MBMB) masih sah dan tidak tertakluk dengan penahanan atau penggantungan. 

  1. Kontraktor yang berjaya akan terus diberikan surat tawaran dan diminta berhubung dengan Pegawai Penguasa atau wakilnya. Kerja akan dipantau oleh Jabatan berkaitan sehingga peringkat bayaran.
  2. Kontraktor akan disenaraihitamkan selama setahun sekiranya :-

    6.1 Gagal menyiapkan kerja dengan memuaskan di dalam tempoh yang ditetapkan.
    6.2 Gagal memulakan kerja dalam tempoh yang dinyatakan di dalam surat tawaran.

  3. Kontraktor yang mengambil bahagian dalam kerja-kerja cabutan undi ini tidak semestinya mendapat kerja. Segala perbelanjaan adalah atas tanggungjawab kontraktor sendiri.
  4. Kontraktor yang berjaya perlulah  mendapatkan kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) bagi memulakan kerja-kerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan atau mengisytiharkan maklumat syarikat dan bersetuju dengan ikrar akujanji pematuhan SOP yang ditetapkan oleh MITI. 

  5. Adalah diingatkan kontraktor diwajibkan mematuhi prosedur operasi standard AM dan Garis Panduan Am Kebenaran Beroperasi serta pergerakan pekerja bagi projek pembinaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Direktori :Direktori MBMB
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 18 Julai 2024.
Jumlah Pelawat
03731984

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY