Notis makluman penutupan sementara sebahagian jalan secara berperingkat / gangguan trafik bagi kerja-kerja menaiktaraf keceriaan jejantas Melaka Sentral
Bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan panel bumbung ACP & “lifelines”, sebahagian jalan akan ditutup seperti berikut:
1. Jalan yang terlibat:
- Jalan FT 019 Lebuh AMJ
- Jalan Panglima Awang
- Jalan Melaka Sentral
- Persimpangan Gerbang Melaka Sentral
2. Tarikh : 2 januari 2025 (khamis malam jumaat ) - 3 januari 2025 (jumaat malam sabtu)
3. Masa : 11.00 malam - 5.00 pagi
Sila rujuk Infografik dan Laluan Alternatif yang disediakan. Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi tanda arah dan papan tanda keselamatan yang disediakan serta mematuhi arahan petugas trafik di tapak. Berhati-hati ketika memandu dan rancanglah perjalanan anda.
Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Jabatan Kejuruteraan MBMB di talian 06-2859873 /9874






