Dimaklumkan bahawa Melaka City Fun Run & Ride sempena Vibrant Melaka 2.0 Bridging Technology and Community For Urban Sustainability akan diadakan pada 12 Julai 2025 ( Sabtu ) bermula jam 7.00 pagi hingga 11.00 pagi bermula di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan , Banda Hilir, Melaka.
Jarak laluan bagi Fun Run adalah sejauh 7 km manakala Fun Ride adalah sejauh 40 km. Sila rujuk infografik bagi maklumat laluan yang terlibat .
Pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati semasa melalui jalan yang terlibat. Kawalan keselamatan oleh pihak PDRM dan Jabatan Penguatkuasaan MBMB bagi memastikan kelancaran program ini.




