

26 Mac - Sesi Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat kepada pegawai dan anggota MBMB telah diadakan di Bilik Mesyuarat Datuk Bandar.
Majlis disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB diiringi Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB. Mendahului senarai Pn. Normala binti Abdul Aziz, Pengarah Pelesenan dan Kesihatan Persekitaran MBMB. Tahniah kepada semua dan selamat maju jaya.


