11 Jun - YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB menyantuni ahli keluarga En. Mohd Nizam bin Md. Yasin, Pembantu Awam , Jabatan Infrastruktur Komuniti dan Logistik MBMB yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja. Hadir sama , Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya MBMB. Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham tabah dalam menghadapi dugaan ini.