8 Jun - YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh telah membuat tinjauan di sekitar kawasan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir, Melaka.
Di kesempatan ini juga beliau turut meluangkan masa melihat lakaran mural artis terkenal dari China, Fan Bingbing di Dataran Persahabatan Malaysia-China Banda Hilir, dan telah beramah mesra bersama pelancong dan peniaga ketika mengadakan lawatan di sekitar kawasan tersebut.
Hadir sama, YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran,Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, YB Datuk Wira Abdul Razak bin Abdul Rahman, EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri Melaka dan YB Datuk Salhah Binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka yang Menjalankan Tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB dan Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya MBMB.