Tindakan Pantas Unit F.RON.T MBMB Dengan Kerjasama Pihak Bomba, APM Dan PDRM

BANDARAYA MELAKA 14 Mei -Berikutan cuaca ribut petir dan hujan lebat, terdapat 4 aduan awam berhubung kejadian pokok tumbang. Tindakan pantas Unit F.RON.T MBMB dengan kerjasama pihak Bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah banyak membantu menangani kejadian pokok tumbang di 4 buah lokasi berbeza dalam pentadbiran MBMB.

Lokasi yang terlibat adalah :
  1. Ujong Pasir, Hadapan Klinik Ujong Pasir
  2. Taman Pertam Jaya 18, Hadapan Tangki TPJ
  3. Taman Mutiara 2, Jalan Tun Perak
  4. Jalan Ujong Pasir

Anggota Unit FRONT telah menerima panggilan awam berikutan pokok tumbang.

Telah segera ke lokasi dan melakukan tugasan pemotongan pokok tumbang yg menghalang jalan utama dan membuat pengasingan kawasan utk keselamatan org awam.

Kerja-kerja pembersihan sisa cantasan dan pemotongan akan di susuli oleh Unit Landskap MBMB.
(Kerja-kerja melibatkan kabel dan elektrik telah dirujuk bersama TNB)

Terima kasih di atas keprihatinan pihak awam dalam membantu menyalurkan maklumat berhubung kejadian tersebut. Jika berlaku kejadian pokok tumbang bolehlah terus hubungi talian kecemasan Unit F.RON.T MBMB yang beroperasi 24 jam @ 06-2826699.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 08 Mei 2024.
Jumlah Pelawat
03651306

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY