Sambutan TBC Peringkat MBMB Disambut Sederhana Tetapi Meriah - Melaka Hari Ini, 2 Feb 2012

Ayer Keroh, 2 Feb - Seramai 400 warga kerja Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) baru-baru ini telah menghadiri perhimpunan bulanan buat julung kalinya diadakan tahun ini.

Selain menjadi medium bertemu dengan semua anggota, perhimpunan kali ini turut meraikan sambutan Tahun Baru Cina peringkat MBMB yang dijalankan secara sederhana tetapi meriah.

Menggaul 'Yee Sang' menjadi acara kemuncak perhimpunan kali ini apabila Datuk Bandar MBMB, Zainal Abu telah mengetuai acara menggaul Yee Sang sambil ditemani Ahli Majlis MBMB, Ronald Gan Yong Hoe dan Pengarah Jabatan Pembangunan Korporat dan Antarabangsa, Mohd Derus Che Mat.

Zainal turut berpesan kepada semua warga kerja MBMB agar terus cemerlang, komited dan penuh semangat kesukanan.Pada masa sama, turut disampaikan fail meja kepada 18 anggota MBMB yang mendapat status lantikan tetap serta penyampaian anugerah kepada pekerja terbaik bagi November dan Disember lepas.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 08 Mei 2024.
Jumlah Pelawat
03651674

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY