RTMBMB Fokus 6 Sasaran Utama

BANDA HILIR 4 Okt - Kajian draf Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (RTMBMB) 2035 telah dilaksanakan sejak April 2018 hingga April lalu.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mansor Sudin berkata, ia selari dengan visi kerajaan negeri menjadikan Melaka sebagai negeri Pintar, Hijau dan Bersih.

Menurutnya, terdapat enam sasaran utama bagi pembangunan rancangan tersebut.

"Ia seperti merancang dan mempertingkat fungsi bandaraya Melaka sebagai bandaraya negeri, penstrukturan semula guna tanah dalam kawasan MBMB, mewujudkan destinasi pelancongan berprestij.

"Selain pembangunan terkini yang lebih hijau dan mampan, pengurusan sumberjaya lestari serta tadbir urus yang cekap, sistematik dan efisien," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Publisiti dan Penyertaan Awam RTMBMB 2035 (Penggantian) di Hotel Hatten, baru-baru ini.

Majlis tersebut disempurnakan Ketua Menteri, Adly Zahari.

Hadir sama, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Tey Kok Kiew.

Jelas Mansor, pelancaran itu mempromosi publisiti draf RTMBMB 2035 bagi penglibatan masyarakat.

"Ia sekali gus menghasilkan pembangunan persekitaran yang komprehensif, maju dan berdaya saing.

"Ini peluang orang awam untuk menyemak serta memberi maklum balas bagi kajian draf RTMBMB sebelum ia diwartakan," katanya. - Sumber Melaka Kini

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 08 Mei 2024.
Jumlah Pelawat
03651516

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY