27 Jun - Program Generasi Wawasan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah bagi tahun 2024 bagi Dun Pantai Kundor telah diadakan di SMK Kg. Gelam, Tanjung Kling.
Program ini telah dihadiri oleh Clr. En. Mohd Faizal bin Mohd Zali, Ahli Majlis MBMB dan disambut mesra oleh Puan Hjh. Ainah binti Idris, Guru Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Gelam serta pelajar-pelajar sekolah tersebut.
Program Generasi Wawasan ini dapat menyemai dan memupuk amalan menjaga kebersihan bermula daripada sekolah dan diperkukuhkan serta diperkembangkan di rumah kediaman agar dapat menjadi amalan sepanjang hayat.