11 Jun - Lawatan teknikal dari Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) telah berlangsung pada pagi ini di Loji Rawatan Kumbahan Kota Laksamana MBMB bagi melihat pengoperasian dan penyelenggaraan loji rawatan jenis “combined sewer” untuk di adaptasi di kawasan seliaan IRDA.
Taklimat telah disampaikan oleh Ts. Safuan Affendy bin Mat Ghani, Pengarah Infrastruktur Komuniti dan Logistik . Delegasi IRDA seramai 11 orang diketuai oleh Puan Kamisah binti Mohd Ghazali, Ketua Bahagian Persekitaran Mampan IRDA.
Semoga sesi perkongsian ini mendapat manfaat kepada kedua-dua pihak.