beca
beca

Menaiki Beca

menaiki beca Menaiki Beca Cara terbaik untuk menyaksikan Melaka secara santai ialah dengan berjalan kaki sepanjang jalan-jalan di Melaka. Tetapi, jika anda mahukan pengalaman yang berbeza, beca adalah satu pilihan. Beca boleh membawa anda melalui jalan-jalan dan pelusuk Bandaraya Melaka yang bersejarah yang mungkin anda akan terlepas sekiranya anda memutuskan untuk meneroka sendiri. Beca boleh disewa mengikut jam atau jarak perjalanan di Bangunan Stadthuys.

jonkerwalk
jonkerwalk

Jonker Walk

johker walk Jonker Walk Jonker Walk terkenal dengan galeri-galeri seni, kedai-kedai antik termasuk tukang emas, tukang jam, pembuat terompah dan pembuat kasut bermanik, kedai makanan dan banyak lagi. Ia benar-benar merupakan satu tempat di mana budaya dan tradisi Melaka boleh dilihat di setiap ceruk kedai-kedai kecil yang membarisi jalan ini. Jalan ini menjadi pasar lambak untuk peminat barang antik pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 6 petang hingga ke tengah malam.

cruise

Sunset Cruise

Sunset Cruise Sunset Cruise - Nikmati pemandangan matahari turun di ufuk melalui jeti pelaut ini dengan belayar ke Pulau Upeh yang merupakan pusat perlindungan penyu karah dan asal-usul kepada upacara pengkebumian, Muara Sungai Melaka di mana armada Cheng Ho pernah berlabuh dan melawat Masjid Selat, satu-satunya masjid terapung di Melaka. Kembali ke jeti laut melalui pemandangan pesisiran dan nikmati hidangan makan malam di restoran jeti pelaut. Nite Cruise - Lihatlah pemandangan pesisiran dengan ribuan cahaya dari jeti pelaut sepanjang sungai Melaka diiringi jutaan bintang ke muara sungai & masjid terapung. Berehat sambil menikmati makanan di jeti pelaut.Island Hopping - Pengembaraan bermula dari jeti pelaut kami ke rumah api Pulau Undan melepasi Pulau Besar yang terkenal melalui pulau-pulau lain di sekitar Selat Melaka ke kawasan pesisiran dengan makan tengahari yang disediakan.

duck
duck

Melaka Duck Tour

Melaka duck tourMelaka Duck Tour Objektif Melaka Duck Tours ialah menarik pelancong untuk mengalami dan menyaksikan keindahan Melaka di darat dan laut dengan melawat bandaraya ini menggunakan kenderaan dua alam.

river
river

Melaka River Cruise

Melaka River Cruise Kembara Sungai Melaka Sungai Melaka dipenuhi dengan sejarah sejak kegemilangan empayar Kesultanan Melayu Melaka yang berpengaruh dan berkuasa yang menarik pedagang seluruh dunia untuk datang berniaga dan berdagang dan yang mengkagumkan telah mempengaruhi Tome Pires, sejarawan Portugis untuk menamakan negeri ini sebagai 'Venice di Timur'. Walau bagaimanapun, Sungai Melaka kini sebahagian besarnya hanya menjadi peringatan berharga tentang masa silamnya yang gemilang dan kaya serta pembangunan masa kininya. Dan cara terbaik untuk mengetahuinya ialah dengan merasai kembara sungai untuk menjejaki sejarah dan menyaksikan keindahannya yang menarik dan mempersonakan.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Direktori :Direktori MBMB
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 24 April 2025.
Jumlah Pelawat
04135605

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY