Akta

Akta-akta memberi kuasa kepada MBMB untuk menggubal dan melaksanakan undang-undang Kecil di dalam kawasan pentadbiran seluas 277 km persegi.

Akta-akta yang digunapakai oleh MBMB:

Bil Akta
1 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) 
  • Akta ini menggariskan bentuk, struktur organisasi, tugas dan tanggungjawab kerajaan tempatan secara menyeluruh.Tanggungjawab dalam hal ehwal perancangan bandar dan desa.
2 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1971 (Akta 133)
  • Akta ini pula menjelaskan beberapa peranan kerajaan tempatan berkaitan perparitan, penyenggaraan jalan bandaran dan juga bangunan-bangunan awam. Di samping tiga akta yang dinyatakan ini, beberapa undang-undang lain termasuk undang-undang kecil telah digubal dan dikuatkuasa bagi membantu melicinkan perjalanan kerajaan tempatan.
3 Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
  • Akta ini digubal bagi mengatasi kelemahan perancangan guna tanah di kawasan tempatan. Akta 172 ini meletakkan tanggungjawab utama sebagai perancang fizikal di peringkat tempatan kepada kerajaan tempatan.
4 Akta Makanan 1983 (Akta 281)
  • Undang-undang untuk melindungi masyarakat terhadap perkara yang merbahaya kan kesihatan dan penipuan dalam persiapan, penjualan dan penggunaan makanan, dan untuk hal-hal sampingan yang berkaitan.
5 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)
  • Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai pengawalseliaan kenderaan-kenderaan motor dan lalu lintas di jalan-jalan dan perkara lain yang berkenaan dengan jalan-jalan dan kenderaan-kenderaan di atasnya; bagi membuat peruntukan mengenai perlindungan pihak ketiga terhadap risiko yang berbangkit daripada penggunaan kenderaan-kenderaan motor; bagi membuat peruntukan mengenai penyelarasan dan pengawalan cara-cara dan kemudahan bagi pengangkutan; bagi membuat peruntukan mengenai penyelarasan dan pengawalan cara-cara dan kemudahan bagi pembinaan dan penyesuaian kenderaan-kenderaan motor; dan bagi membuat peruntukan mengenai maksud yang berkaitan.
6 Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757)
7 Akta Bangunan Dan Harta Bersama  (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663)
8 Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486)

Kesalahan yang kerap dikompaun:

Terdapat berbagai-bagai kesalahan yang boleh dikompaun, tetapi yang kerap dikompaun:

Bil Kesalahan
1 Kekotoran - Mengotori tempat awam
2 Halangan - Menghalang dengan meletakkan barang-barang perniagaan atau kenderaan di tempat awam
3 Berniaga atau menjaja tanpa lesen
4 Tidak mematuhi syarat lesen perniagaan
5 Tidak memakai apron dan penutup kepala semasa mengendalikan makanan
6 Membuat sesuatu yang menyebabkan gangguan

Tahukah anda apa itu tempat awam?

Tempat awam merangkumi:

Bil Tempat Awam
1 Jalan dan lorong
2 Taman / taman bunga / taman permainan
3 Kawasan air pancutan
4 Pulau lalulintas (traffic island)
5 Sungai dan tebing sungai
6 Tempat tumpuan orang ramai
7 Tempat-tempat laluan orang ramai
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 28 Mac 2024.
Jumlah Pelawat
03614489

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY