Makluman Waktu Operasi Kaunter Pembayaran MBMB dan Sesi Temujanji

 

MAKLUMAN

Warga Bandaraya dan pelanggan yang dihormati,
Berikutan Peralihan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 Bagi Negeri Melaka, Semua Kaunter Perkhidmatan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Akan Mula Beroperasi Mulai 18 September 2021 Menggunakan Kaedah Sistem Temujanji Secara Dalam Talian Kecuali Kaunter Jabatan Kewangan MBMB Sahaja Dibenarkan Untuk ‘Walk-In’.

Sila ke pautan https://myjanjitemu.mbmb.gov.my/ bagi tujuan pendaftaran temujanji.
Kerjasama anda dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) semasa hadir ke MBMB amatlah diharapkan. Harap maklum.

Terma Dan Syarat Permohonan Online Sistem MyJanjiTemu MBMB

1. Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve).

2. Permohonan janji temu boleh dibuat seawal satu (1) hari dari tarikh janji temu dan sehingga 5 bulan dari tarikh semasa, tertakluk kepada kekosongan;

3. Pemohon perlu berada di pejabat MBMB sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu temu janji. Pihak MBMB berhak untuk membatalkan janji temu sekiranya lewat;

4. Perkhidmatan kaunter hanyalah mulai dari jam 8.30am - 4.00pm setiap hari bekerja.

5. Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa janji temu. Sila rujuk jabatan terlibat;

6. Sekiranya pemohon mempunyai gejala seperti demam dan batuk, pemohon tidak dibenarkan hadir berurusan dan perlu membuat tempahan janji temu semula.