Makluman Urusan Perkhidmatan Kaunter Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Sepanjang Tempoh PKP 3.0

 

Warga Bandaraya Melaka Bersejarah yang dihormati,

Urusan Perkhidmatan Kaunter Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Sepanjang Tempoh PKP 3.0

Dalam usaha mengekang penularan wabak Covid - 19, MBMB menyarankan warga bandaraya serta pelanggan MBMB untuk menggunakan perkhidmatan dalam talian yang telah disediakan oleh MBMB sepanjang tempoh PKP 3.0 .

Pembayaran boleh dibuat melalui pautan Sistem Pembayaran Dalam Talian MBMB di https://myfpx.mbmb.gov.my

Perkhidmatan yg disediakan adalah :

  • Semak & Bayar Cukai Taksiran Harta
  • Semak & Bayar Kompaun
  • Semak & Bayar Sewa Gerai

Tiada caj perkhidmatan dikenakan
Akses melalui PC atau telefon pintar anda

Bagi tujuan Aduan Perkhidmatan Bandaraya boleh disalurkan melalui :

1) Aplikasi Whatsapp Aduan@MBMB di talian 013-8797973
2) Aduan melalui Sistem Aduan Berpusat SISPAA di melaka.spab.gov.my
3) Hubungi talian rasmi MBMB di 06-2859700 (9.00am - 4.00pm, hari bekerja sahaja)
4) Melalui emel aduan@mbmb.gov.my

Kerjasama serta perhatian anda amat kami hargai.