Makluman Perubahan Laluan Sehala Ke SJK (C) Ting Hwa, Melaka

 

 

Makluman perubahan laluan sehala ke SJK (C) Ting Hwa akan dilaksanakan mulai 3 April 2023 (Isnin) bagi mengurangkan kesesakan lalulintas di kawasan sekolah dan kawasan sekitar.

Jalan-jalan dua hala ke jalan sehala yang terlibat adalah:

  • Jalan Bertam Perdana 1
  • Jalan Bertama Perdana 2
  • Jalan Bertam Perdana 3
  • Jalan Bertam Perdana 8
  • Jalan Bertam Perdana

Pemasangan papan tanda lalu lintas ( Jalan Sehala dan No Entry) dan garisan kuning akan disediakan di jalan-jalan terlibat.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi urusetia jabatan kejuruteraan, MBMB di talian 06-2859700.