Hari Bertemu Pelanggan MBMB 2023

 
 
Anda ada sebarang pertanyaan dan aduan berkaitan perkhidmatan bandaraya MBMB? Kami sedia membantu anda!
 
HARI BERTEMU PELANGGAN MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH 2023
Anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan HBP MBMB 2023 pada ketetapan seperti berikut :
 
Tarikh : 12 September 2023 ( Selasa )
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Dewan Taming Sari, MBMB
 
Kami juga akan membuka kaunter berikut bagi tujuan pembayaran :
- cukai taksiran harta dan;
- kompaun
 
Terdapat juga agensi-agensi yang turut serta semasa Hari Bertemu Pelanggan kami :
- SW Corp
- Biro Pengaduan Awam (BPA)
- Selia Selenggara
- CMI INFRA
- PDTMT
- JKR
- SAMB
 
MBMB bersedia mendengar dan menerima permasalahan anda. Anda semua boleh bertanya secara terus kepada kami berkenaan perkhidmatan-perkhidmatan yang MBMB sediakan.