Sekitar Lawatan Kerja daripada Majlis Bandaraya Kuantan

 
AYER KEROH 6 Oktober - Sekitar Lawatan Kerja daripada Majlis Bandaraya Kuantan seramai 7 orang delegasi diketuai oleh YH. Dato’ Hamdan bin Hussin, Datuk Bandar Kuantan ke Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Lawatan kerja telah dimulakan dengan kunjungan hormat ke Pejabat Datuk Bandar MBMB dan disambut oleh YBhg. Datuk Hj. Zainal bin Hj. Abu, Datuk Bandar MBMB diiringi YBrs. Tuan Ts. Hj. Noramirul Nizam bin Kamis, Setiausaha Bandaraya. Hadir sama Tuan Ir. Mansor bin Hj. Mohamad, Pengarah Kejuruteraan MBMB serta pegawai kanan MBMB.
 
 
Lawatan bertujuan mendapatkan maklumat dan bertukar pandangan tentang penggunaan Sistem Pintar Kawalan Trafik MBMB atau singkatannya SPiKTRA-M yang telah mula digunakan di sekitar Bandaraya Melaka bagi tujuan kelancaran trafik. Delegasi turut dibawa ke Bilik Kawalan SPiKTRA-M Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan taklimat telah disampaikan oleh Tuan Ir. Ts. Harmidi bin Ali, Jurutera Awam (Pengurusan Lalulintas) MBMB. Selain itu delegasi turut dibawa ke Persimpangan Kota Laksamana yang merupakan ‘pilot projek’ bagi SPiKTRA-M. Turut hadir rakan strategik MBMB daripada PPK Technology Sdn. Bhd.
 
Semoga hubungan dua hala ini dapat memanfaatkan kedua-dua belah pihak. Terima kasih kerana memilih Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sebagai ruang diskusi dan pembelajaran.