Kumpulan Inovatif Kreatif SiPKA Dan SOP MBMB Memenangi Ke-6 Dan Ke-11 Pertandingan Inovasi MALA 2020 - Piala YB Menteri KPKT

 

 

BANDARAYA MELAKA 13 Jun - Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif MBMB (KIK) SiPKA MBMB kerana telah berjaya mendapat tempat ke-6 dalam Pertandingan Inovasi MALA 2020 - Piala YB Menteri KPKT yang telah diumumkan secara langsung oleh YB Datuk Hajah Zuraidah binti Kamaruddin, Menteri Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar melalui laman Facebook MALA - Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Se-Malaysia dan merangkul Geran KPKT berjumlah RM50,000.00. Kumpulan kedua KIK MBMB, SPOP juga telah berjaya di kedudukan yang ke - 11 daripada 20 finalis dan berjaya membawa pulang Geran KPKT bernilai RM25,000.00.

Tahniah sekali lagi diatas pencapaian ini dan terima kasih kepada 2 buah Kumpulan KIK MBMB kerana telah mengharumkan nama MBMB khususnya dan negeri Melaka amnya. Semoga MBMB terus mengekalkan prestasi dan memberikan perkhidmatan yang terbaik buat warga bandarayanya.

Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sekarang!

Selamat Datang Ke Negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia - Unesco

Jangan risikokan diri anda dan keluarga dari jangkitan COVID19. Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan.

Amalkan disiplin diri, patuh jarak sosial selamat sekurang-kurangnya 1.5 meter, gunakan pelitup muka jika berada di luar rumah dan jaga kebersihan diri.

'Melakaku Maju Jaya,
Rakyat Bahagia,
Menggamit Dunia'

#KawalanDiri
#MelakaMestiMenangCovid19
#SejahterakanBandarayaku
#MelakaHistoricCityCouncil