.
Sekitar Taklimat Pengurusan Sisa Pepejal (PSP) Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang
SUNGAI UDANG 22 Mei - Taklimat Pengurusan Sisa Pepejal (PSP) telah diadakan di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang, Melaka pada pagi ini. Turut hadir, YAB Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, Datuk Bandar MBMB, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Othman, Setiausaha Bandaraya MBMB, Tuan Azahar bin Mohamed, Pengarah Kejuruteraan MBMB Ir. Mansor bin Mohamad dan Pengarah Perancangan Bandar MBMB, TPr. Puan Zuhaila binti Ahmad Zubel serta Pegawai-pegawai Kanan MBMB.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Ir. Muhammad Zaini bin Hasnan, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara ( JPSPN), Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.
Antara intipati taklimat ini adalah tentang perancangan pengurusan sisa pepejal di Negeri Melaka, projek loji rawatan Waste to Energy ( WtE) dan pengoperasian Tapak Pelupusan Sanitari Sg Udang, Melaka yang diuruskan oleh Syarikat Greenviro Solutions Sdn Bhd.