Sekitar Program Ziarah Kasih Kepada Keluarga Bekas Anggota MBMB Yang Telah Meninggal Dunia

BANDARAYA MELAKA 16 Januari - Sekitar Program Ziarah Kasih kepada keluarga bekas anggota MBMB yang telah meninggal dunia. Pagi ini, YBrs. Tuan Ts. Hj. Noramirul Nizam bin Kamis, Setiausaha Bandaraya merangkap Presiden Kelab Sukan dan Kebajikan (KESUMA) MBMB telah menziarahi keluarga anggota MBMB yang telah meninggal dunia untuk menyampaikan sumbangan Skim Majikan Prihatin MBMB berjumlah RM 20,000.00 setiap keluarga serta sumbangan khairat kematian dan penyakit kronik KESUMA berjumlah RM 2,700.00 melibatkan 4 buah keluarga anggota tersebut. Turut hadir Timbalan Presiden KESUMA Saudara Ts. Safuan Effendy bin Mat Ghani, Jurutera Kanan MBMB serta barisan Ahli Jawatankuasa KESUMA.
 
Pengurusan tertinggi serta seluruh warga kerja MBMB menzahirkan ucapan takziah dan berharap agar keluarga arwah terus tabah atas ketentuan ini dan semoga dengan sedikit sumbangan yang dihulurkan dapat membantu meneruskan kelangsungan hidup keluarga anggota yang terlibat.