Sekitar Program Sambutan Deepavali Peringkat MBMB 2022

 

AYER KEROH 2 November - Sekitar Program Sambutan Deepavali Peringkat MBMB 2022. Pek makanan bermenukan masakan India antaranya nasi briyani dan ‘panipuri’ telah diedarkan kepada semua Ahli Majlis MBMB, Ketua Jabatan, Pegawai dan anggota-anggota. YBhg. Datuk Hj. Zainal bin Hj. Abu turut mengambil kesempatan untuk beramah mesra serta menyampaikan pek makanan kepada anggota komuniti India MBMB. Turut serta, Clr. Linesh Khandhar a/l Babu @ Harshad Kumar Ahli Majlis MBMB, YBrs. Tuan. Ts. Hj Noramirul Nizam bin Kamis, Setiausaha Bandaraya diiringi wakil-wakil jabatan.

 

Semoga ‘pesta cahaya’ ini memekarkan lagi perpaduan, menyimpulkan ikatan tali perhubungan antara Keluarga MBMB dan keharmonian sesama kita.
Selamat Hari Deepavali, Deepavali Nal Valthukal.