Sekitar Program Pembaharuan Lesen Beca Bagi Tahun 2023

BANDA HILIR 9 November - Sekitar Program pembaharuan lesen beca bagi tahun 2023 yang telah diadakan di hadapan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir Melaka.

Seramai 250 orang pengayuh beca berlesen dalam kawasan pentadbiran MBMB telah hadir bagi sesi pembaharuan lesen, pembayaran lesen tahunan, pemeriksaan urin dan pemeriksaan fizikal beca yang berlangsung selama dua hari ini.

Antara agensi yang turut terlibat adalah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Melaka dan Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Negeri Melaka.
MBMB turut mengambil kesempatan untuk membuka kaunter bergerak bagi tujuan kemudahan awam.