Sekitar Program Cahaya Kasih Anjuran MBMB Dengan Kerjasama Japerun Dun Banda Hilir

BANDA HILIR 13 Januari - Sekitar Program Cahaya Kasih anjuran MBMB dengan kerjasama Japerun Dun Banda Hilir yang diketuai oleh YBrs. Clr. Mohd Jamil bin Ab Wahab Ahli Majlis Dun Banda Hilir. Program ini diadakan bagi mendekati golongan yang memerlukan di dalam kawasan pentadbiran MBMB khususnya kaum Tiong Hua yang akan menyambut Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
 
 
Seramai 50 orang penerima telah terpilih untuk menerima barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak dan angpao
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menceriakan semua yang akan meraikan Sambutan Tahun Baharu Cina 2023!