Sekitar Lawatan YB Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Ke Negeri Melaka

 
BANDARAYA MELAKA 14 Januari - Sekitar Lawatan YB Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Ke Negeri Melaka di sekitar kawasan pelancongan Jonker Walk dan telah disambut dan diberi taklimat ringkas daripada Pengerusi Jawatankuasa Jonker Walk Melaka, YBhg. Datuk Wira Gan Tian Loo. Hadir sama Tn. Ts. Hj. Noramirul Nizam bin Kamis, Setiausaha Bandaraya MBMB mewakili YBhg. Datuk Bandar.
 
 
Untuk makluman YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya mengadakan lawatan sehari di sekitar Bandaraya Melaka Bersejarah untuk melihat produk-produk pelancongan selain turut merasmikan Taman Warisan Dunia Jonker Walk Melaka serta mengambil peluang menyantuni peniaga di sekitar kawasan Jonker. Beliau turut melihat keceriaan hiasan tanglung dan lampu hiasan sekitar Jonker Walk sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang akan diraikan tidak lama lagi.