Sekitar Lawatan YAB Ketua Menteri Melaka Ke MBMB

 
 
AYER KEROH 19 Mei - Lawatan YAB Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh ke sekitar kawasan pejabat MBMB pada pagi ini.  Beliau telah disambut oleh YBhg. Datuk Bandar MBMB, Datuk Hj. Shadan bin Othman dan pegawai-pegawai kanan MBMB.
 
Antara agenda lawatan YAB Ketua Menteri adalah bagi melihat suasana kaunter khidmat pelanggan dan prestasi layanan pegawai di kaunter-kaunter utama jabatan.
Terima kasih di atas keprihatinan Datuk Seri! ‘Bijak Laksana Tuah , Berani Laksana Jebat’