Program Pendengaran Awam "Sejahterakan Bandarayaku" #THEVOICESOFBANDAHILIR, Libat Urus Bersama MBMB

 
BANDA HILIR 27 Jun - Sekitar Program Pendengaran Awam "Sejahterakan Bandarayaku" #THEVOICESOFBANDAHILIR, Libat Urus Bersama MBMB. Seramai 80 orang Pengusaha dan Peniaga Dun Banda Hilir telah meluangkan masa menghadiri seterusnya berbincang permasalahan isu setempat yang mereka hadapi.
Program ini telah diketuai oleh YB Datuk Abdul Razak bin Abdul Rahman, Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan industri Asas Tani merangkap Pengerusi Penyelaras Dun Banda Hilir.
 
Turut hadir, Ketua Ahli Majlis MBMB, Clr. Ab. Razak bin Abu, Ahli Majlis Kawasan, Clr. Mohd Jamil bin Abd Wahab dan Clr. Linesh Khandhar a/l Babu @ Harshad Kumar, Ahli-ahli Majlis MBMB, Setiausaha Bandaraya YBrs. Tuan Sulaiman bin Hj. Atan, Ketua-ketua Jabatan dan wakil Jabatan MBMB.
 
Agensi yang turut menjayakan program libat urus ini adalah KPDNHEP, JPS, TEKUN, MARA, Tourism Melaka, SWCorp, PDRM, JKR dan PDTMT. Antara isu yang dibangkitkan adalah Isu Perniaga dan Tempat Letak Kereta di sekitar Dun Banda Hilir.
 
 
MBMB ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua samada terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan program yang berlangsung pada hari ini. Doakan kami agar dapat membantu komuniti peniaga dalam menyelesaikan masalah bandaraya.
Jumpa warga Dun Pantai Kundur pula pada 16 Julai 2022 (Sabtu) akan datang. Jumpa anda di sana warga Pantai Kundur!