Program 'Outreach' Kesihatan Persekitaran Tahun 2023

 
 
KROBONG 13 September - Program 'Outreach' Kesihatan Persekitaran Tahun 2023 telah dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dari jam 9.30 pagi hingga 2.00 petang di Taman Krubong Jaya. Objektif utama program adalah untuk mengenalpasti punca jangkitan dan pengawasan keberkesanan terhadap kawalan yang telah dilaksana di sesuatu lokaliti.
 
Aktiviti turun padang ini dilaksanakan sebagai inisiatif MBMB selaku Pihak Berkuasa Tempatan bagi membendung wabak denggi di dalam kawasan pentadbiran MBMB.
Sebanyak 245 buah rumah kediaman yang berada di dalam radius kawasan wabak telah diberikan pendidikan kesihatan di dalam program ini.
Masyarakat perlu turut serta bersama-sama mengambil tindakan kendiri dengan memastikan kebersihan persekitaran kediaman masing -masing untuk membanteras tempat pembiakan nyamuk aedes.
 
 
Tindakan yang perlu diambil :-
✔️ Membersihkan semua bekas plastik, bekas makanan/ polisterin yang boleh menakung air
✔️ Membersihkan alas pasu bunga/ alas pinggan mangkuk yang menakung air dan meletak bahan pembunuh jentik-jentik
✔️ Melupuskan botol, tin, tayar terpakai dan perabot rosak
✔️ Membersihkan bekas minuman atau makanan haiwan ternakan/ peliharaan
✔️ Membersihkan salur air hujan dari tersumbat/tidak mengalir
✔️ Sentiasa memeriksa pam tandas dan jika rosak, baiki segera atau tutup dengan rapat serta meletakkan bahan pembunuh jentik-jentik
✔️ Melupuskan apa-apa tempat yang boleh menakung air dari menjadi tempat pembiakan jentik-jentik