.
Program Melaka City Fun Run dan Ride 2.0 Yang Telah Disempurnakan Oleh YAB Ketua Menteri Melaka
BANDA HILIR 11 Mac - Sekitar Majlis Program Melaka City Fun Run dan Ride 2.0 anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah bertempat di Dataran Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan, Bandar Hilir, Melaka.
Seramai 753 penyertaan untuk Fun Run, 417 untuk Fun Ride menjadikan jumlah keseluruhan seramai 1170 peserta bagi program ini. Bagi kategori Fun Run larian adalah sejauh 5 KM, manakala Fun Ride adalah sejauh 35 KM. Untuk makluman program ini diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun 2 Dekad Bandaraya Melaka Bersejarah yang akan diraikan oleh rakyat negeri Melaka pada 15 April nanti.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama (Dr.) Hj. Sulaiman bin Md Ali Ketua Menteri Melaka diringi YB Tuan VP Shanmugam Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman Datuk Bandar MBMB sebagai penganjur program ini.

Turut hadir YBrs. Clr. Abd. Razak bin Abu Ketua Ahli Majlis MBMB, barisan Ahli Majlis MBMB, YBrs. Tuan Azahar bin Hj. Mohamed Setiausaha Bandaraya MBMB serta pegawai dan anggota MBMB.
MBMB turut merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada agensi-agensi yang turut bekerjasama bagi menjayakan program ini.