Program Libat Urus (Town Hall) Bersama Peniaga-Peniaga Kampung Jawa Bersama MBMB

AYER KEROH 19 Januari - Sekitar Program Libat Urus (Town Hall) bersama peniaga - peniaga Kampung Jawa Bersama MBMB yang diketuai Oleh YB Datuk Hj. Zaidi bin Attan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan & Alam Sekitar Negeri Melaka diringi oleh YBrs Tn. Ts Hj. Noramirul Nizam bin Khamis Setiausaha Bandaraya.
 
 
Seramai 15 orang peniaga yang terlibat dalam sesi dialog ini. Semoga melalui program ini, ianya dapat membantu peniaga dalam urusan perniagaanya dismping menyokong pembangunan Negeri Melaka.
 
Di harap perjumpaan ini dapat meringan beban kepada semua peniaga dan dapat mencari solusi terbaik bagi kepentingan hak peniaga. Kampung Jawa yang popular sebagai kawasan beli-belah barangan keperluan dan rumah sejak lebih 100 tahun lepas akan ditutup pada 31 Mei ini bagi memberi laluan kepada pembangunan projek baharu.