Pertandingan Kebersihan dan Keindahan Negeri Melaka 2022

 
BANDARAYA MELAKA 22 November - Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan dan Keindahan Negeri Melaka 2022 bertempat di Hotel Swiss Garden, Melaka yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj. Zaidi bin Attan, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar mewakili YAB Ketua Menteri Melaka. MBMB diketuai oleh YBhg. Datuk Hj. Zainal bin Hj. Abu, Datuk Bandar MBMB diiringi YBrs. Tn. Ts. Hj. Noramirul Nizam bin Kamis, Setiausaha Bandaraya, telah menerima hadiah kemenangan bagi kategori seperti berikut :
 
1. Johan Kategori Antara Jabatan : Bangunan Graha Makmur, MBMB
2. Johan Kategori Taman Rekreasi : Taman Bandaraya Bukit Serindit
3. Johan Kategori Tandas Awam :
Tandas Jonker Walk, Jalan Hang Jebat
 
 
 
Selain daripada itu, MBMB turut mencalonkan beberapa kategori lain yang turut mendapat tempat antaranya :
 
Kategori Restoren :
1. Johan : Menate Steak House, Taman Melaka Raya
2. Kedua : Windmill Station, Taman Melaka Raya
Kategori Premis Makanan/Medan Selera Hak Milik Individu :
1. Johan : En. Muhammad Nashreeq bin Abd Rasid (Pahlawan Niaga Enterprises), Jalan Syed Abdul Aziz
 
Kategori Kediaman :
1. Johan : Taman Paya Rumput Perdana
2. Kedua : Taman 1 Krubong, Presint Selendang
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua yang telah berjaya! Teruskan menjaga kebersihan dan keindahan negeri Melaka!