MBMB Terima Penarafan Lima Bintang Penilaian SPB-PBT

 
 
IPOH 12 Mac - Tahniah ! Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah menerima penarafan lima bintang sempena Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan di Ipoh, Perak.
YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah menerima Sijil Penarafan 5 Bintang yang telah disampaikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), Perak. Hadir sama menyaksikan adalah Ahli-ahli Majlis MBMB dan Ketua Jabatan MBMB.
 
 
 
Penilaian SPB-PBT anjuran Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah berdasarkan beberapa kriteria antaranya pengurusan organisasi, kewangan dan aset, pelaksanaan dasar pelesenan serta kawalan perniagaan. Turut diambilkira adalah perancangan dan pengurusan landskap, pengurusan sisa pepejal, perkhidmatan-perkhidmatan barisan hadapan, serta penyertaan komuniti dan pandangan penduduk.
 
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja MBMB kerana sentiasa komited memberikan perkhidmatan terbaik dan berusaha mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan kepada masyarakat.