MBMB Rangkul Dua Anugerah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2020/2021

SEPANG 12 November - Sekitar Majlis Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2020/2021 yang telah diadadakan di Hotel Movenpick Sepang Anjuran Majlis Negara Bagi Kesihatan dan Pekerjaan Malaysia. MBMB telah dinobatkan sebagai penerima  Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara bagi Kategori Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Tempatan dan Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara Kategori Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terbaik Sektor Awam dari Majlis Keselamatan Negara.  Majlis telah disempurnakan  oleh Ketua Pengarah JKKP Malaysia, YBrs. En. Anuar Bin Embi.

Tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Hj. Zainal bin Hj. Abu, Datuk Bandar MBMB kerana telah diiktiraf sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KKP Terbaik Sektor Awam dan seluruh warga kerja MBMB di atas  pengiktirafan sebagai KKP Terbaik bagi Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Tempatan 2020/2021.
Sebagai makluman, Anugerah ini adalah untuk menghargai organisasi yang membudayakan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tempat kerja. Tahniah sekali lagi kepada warga kerja MBMB diatas pengiktirafan ini.