Majlis Kesyukuran Dan Doa Selamat Meraikan Duyufurrahman Anggota MBMB

 
 
AYER KEROH 19 Mei - Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Meraikan Duyufurrahman Anggota MBMB telah diadakan di Auditorium MBMB pada pagi ini.  YBhg. Datuk Bandar MBMB, Datuk Hj. Shadan bin Othman, hadir bagi meraikan bakal-bakal duyufurrahman MBMB. Turut hadir Ketua Ahli Majlis, Clr. Abd Razak bin Abu, Ketua-Ketua Jabatan dan Unit serta pegawai-pegawai kanan.
 
Seramai lima(5) orang anggota MBMB telah terpilih untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun ini iaitu :
1. En. Mansor bin Sagap (JIKL) dan isteri Pn. Nor Azah binti Hj. Azis (JPK)
2. Pn. Halawati binti Mohammed ( JPSM )
3. Pn. Nurfarain binti Mohd Nor (JPKK)
4. En. Mohd Hassan bin Baba (JIKL)
 
 
Sebelum itu, YAB Ketua Menteri Melaka dalam lawatan mengejut beliau ke MBMB turut meluangkan masa beramah mesra dengan semua bakal-bakal haji ini. Selamat menunaikan ibadah haji kepada semua dan semoga diberikan kesihatan yang baik sepanjang berada di sana.