Majlis Bacaan Yaasin Dan Tahlil Perdana Sempena Sambutan Ulang Tahun 2 Dekad Bandaraya Melaka Bersejarah

 
 
AYER KEROH 3 Mac - Sekitar Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil Perdana sempena sambutan Ulang Tahun 2 Dekad Bandaraya Melaka Bersejarah yang diadakan di Dewan Taming Sari MBMB. Turut Hadir YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman Datuk Bandar MBMB diiringi oleh YBrs. Tuan Azahar bin Hj. Mohamed Setiausaha Bandaraya, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai kanan dan anggota MBMB.
 
 
 
 
 
Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Abdul Rashid bin Hj. Abdul Rahman, Imam Masjid Fathrul Rahman Pengkalan Rama dan dihadiri kira-kira 400 anggota MBMB.
Untuk makluman, MBMB akan meraikan Sambutan Ulang Tahun 2 Dekadnya pada 15 April 2023 ini dan Majlis ini merupakan pembukaan program yang telah dijadualkan sepanjang bulan sambutan.