Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah 2021

 
 
 
AYER KEROH 1 November - Sekitar Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah 2021, yang diadakan di Aras 5 Ballroom Raja Chulan, Hotel Ames Ayer Keroh. Majlis telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Hj. Zainal bin Hj. Abu, Datuk Bandar MBMB diiringi YBrs. Tuan Ts. Hj. Noramirul Nizam bin Kamis, Setiausaha Bandaraya dan Ketua-ketua jabatan.
 
Seramai 91 orang pegawai dan anggota terdiri daripada 5 orang Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, 53 orang anggota dari Kumpulan Sokongan 1 dan 33 orang anggota dari Kumpulan Sokongan 2, telah terpilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2021. Anggota yang diraikan akan menerima insentif berupa Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan Wang Tunai bernilai RM1,000.00
Di dalam majlis yang sama, MBMB turut meraikan 14 orang penerima Pingat Jasa Cemerlang (PJC) yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Melaka atas sumbangan dan khidmat bakti sepanjang negara mendepani situasi pandemik Covid-19.
 
 
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua yang telah dipilih! Semoga dengan pengiktirafan ini akan menyuntik semangat, mencetus inspirasi dan seterusnya menjadi suri teladan kepada semua warga MBMB dalam membentuk ekosistem pekerjaan yang cemerlang.