Lawatan Teknikal Sistem Pintar Kawalan Trafik Ke MBMB

 
AYER KEROH 5 September - Lawatan Teknikal Sistem Pintar Kawalan Trafik ke Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah diadakan di Auditorium MBMB dan Bilik Spiktra-M. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi idea dan pendapat daripada agensi teknikal iaitu IEM (Institute Engineering Malaysia Melaka) berkaitan projek-projek MBMB dan juga berkenaan hala tuju projek SPIKTRA M dan projek Inovasi yang lain. Hadir sama Tn. Ir. Ong Yee Pin, Pengerusi IEM, Tn. Ir. Ng. Hsin Loon, Pengerusi TAM, Dr. Amiuddin bin Ahmad Kayani, Pengarah MRL Engineering Sdn Bhd.
 
Lawatan ini diketuai oleh Datin Sr. Nani Ernie binti Othman, Timbalan Pengarah Kejuruteraan MBMB dan taklimat telah disampaikan oleh Ir. Ts. Harmidi bin Ali, Penolong Pengarah Kejuruteraan MBMB.