.
Lawatan Rasmi Persahabatan His Excellency Zhao Leji Ke Negeri Melaka
BANDARAYA MELAKA 20 Mei - Lawatan Rasmi Persahabatan His Excellency Zhao Leji, Chairman of the Standing Committee of the 14th National People’s Congress (NPC) of the People’s Republic of China ke Negeri Melaka di sekitar Jalan Hang Jebat ( Jonker Walk ), Jalan Hang Lekir, Jalan Tun Tan Cheng Lock dan berakhir di Masjid Selat.
Turut serta dalam lawatan ini adalah YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Zaidi bin Johari, Penasihat Pelaburan dan Hal Ehwal China kepada YAB Ketua Menteri Melaka, YB Datuk Lim Ban Hong merangkap ADUN Klebang, EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya, YB Datuk Abdul Razak bin Abdul Rahman, Datuk Bandar MBMB, Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman serta Ketua-Ketua Agensi Negeri Melaka.