.
Lawatan Penanda Aras dari Majlis Perbandaran Kajang
AYER KEROH 14 September - Lawatan Penanda Aras dari Majlis Perbandaran Kajang berkaitan Sistem Pengaduan Awam (SiSPAA) telah diadakan di Auditorium MBMB pagi ini.
Delegasi seramai 18 orang yang diketuai oleh En. Kamarul Izlan bin Sulaiman, Ketua Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kajang telah disambut oleh Puan Sukhirah binti Ibrahim; Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan Korporat & Komuniti MBMB.
Taklimat telah disampaikan oleh Puan Syafrina binti Mohd Yusop; Penolong Pengarah Kanan (Media dan Khidmat Pelanggan) , Jabatan Pengurusan Korporat dan Komuniti MBMB.
Semoga dengan perkongsian ilmu ini dapat menambah pengetahuan kepada semua para delegasi.