.
Lawatan Kerja Jabatan Landskap Dan Pengindahan Bandaraya MBMB Ke Perbadanan Putrajaya
PUTRAJAYA 5 September - Lawatan Kerja Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya MBMB ke Perbadanan Putrajaya yang diketuai oleh Tn. Hj. Moahzam bin Asari, Pengarah Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya MBMB.Pn. Asmah Binti Yahaya, Pengarah Jabatan Landskap dan Taman Perbadanan Putrajaya selaku tuan rumah telah menyambut mesra delegasi daripada pihak MBMB. Tujuan Lawatan ini adalah bagi mempelajari dan menimba ilmu berkaitan pengurusan penyelenggaraan landskap, pengurusan sisa pepejal dan pengurusan penyelenggaraan taman rekreasi dan alat mainan kanak-kanak.